SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Orang Kedah jangan ada hati rentas negeri untuk berbuka, bersahur di kampung halaman


Polis Kedah akan meningkatkan kawalan pintu masuk ke negeri itu ketika cuti hujung minggu yang dikhuatiri ada individu yang curi-curi pulang ke kampung untuk berbuka puasa dan bersahur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tiga laluan utama iaitu Plaza Tol Sungai Petani Selatan dan Utara serta Jambatan Merdeka merupakan laluan utama yang diperketatkan kawalan Sekatan Jalan Raya (SJR).

Katanya, sepanjang tempoh lima hari Ramadan pihaknya telah mengarahkan lebih 30 kenderaan yang cuba merentas sempadan tanpa mempunyai surat kebenaran polis ketika melintasi SJR.

Menurut beliau, permohonan yang dipertimbangkan bergantung pada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat.

Setakat ini, jelas Adzli, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu disertakan dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan.

Adzli memaklumkan, tindakan tegas ini perlu diambil ekoran bilangan jumlah jangkitan COVID-19 semakin meningkat sejak awal Ramadan.

Pihak polis juga, kata beliau, tidak akan berkompromi dan bertolak ansur kerana Kedah kini berada dalam zon pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibimbangi bilangan kes akan bertambah jika aktiviti rentas sempadan tidak dibendung.

“Kita akan buat pemeriksaan lebih ketat lagi dan (sudah tentu) mungkin akan berlaku kesesakan lalu lintas memandangkan aliran kenderaan keluar masuk adalah yang tertinggi di Kedah sebab negeri ini bersempadan dengan Pulau Pinang… ramai penduduk di Kuala Muda bekerja di Pulau Pinang yang sering berulang-alik,” kata beliau.

Sehubungan itu, Adzli berkata, beliau serta pegawai-pegawainya akan mengkaji bentuk aliran trafik memandangkan ketika ini dalam sehari polis mengadakan purata lima SJR dengan jumlah yang perlu melalui kawalan ialah sekitar 20,000 hingga 29,000 kenderaan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, trend jumlah kenderaan yang melalui pemeriksaan menunjukkan penurunan kepada 19,000 hingga 20,000 sehari.

“Jadi saya akan pantau aliran kereta ini dan jika terbukti ada peningkatan akibat pengaruh awal puasa dan menjelang perayaan, jadi saya akan bagi arahan untuk ketatkan,” jelas beliau.

Jelas Adzli, langkah drastik ini diambil selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Daerah memantau penugasan anggota dan pegawai di SJR terutama membabitkan sempadan di setiap negeri bagi mengelakkan cubaan rentas negeri sesuka hati.

Abdul Hamid berkata, tindakan tegas akan diambil kepada ketua polis yang gagal mengawal anggota masing-masing yang bertugas secara ala kadar di SJR.

Kawalan terpaksa dipertingkatkan memandangkan sejak lima hari kebelakangan ini, statistik kes jangkitan COVID-19 harian menunjukkan peningkatan sehingga pada Jumaat lalu jumlah jangkitan baharu mencecah 2,551.

Mana-mana individu yang terbukti ingkar prosedur operasi standard (SOP) akan dikompaun
sehingga RM10,000 akan dikenakan.

Notis itu akan dikeluarkan membabitkan semua kesalahan yang termaktub di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!