Neelofa, PU Azman mahu bantu bayar kompaun peniaga burger


 KOTA BHARU - Pasangan suami isteri peniaga burger di Kampung Rambutan Rendang di sini menyambut baik tawaran usahawan selebriti terkenal, Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Azman yang ingin membantu membayar kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap mereka.


Peniaga itu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dan isteri, Norlaili Shafii, 37, dihubungi peguam Neelofa yang bertanyakan berhubung kesnya pada jam 5.30 petang Selasa.


Norlaili berkata, mereka bagaimanapun masih menunggu jawapan rayuan yang dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pejabat Daerah Kota Bharu pada jam 9 pagi Selasa.


“Kami terima banyak tawaran bantuan daripada orang kenamaan dan terkenal antaranya Neelofa dan PU Azman yang ingin membantu sejak kes kami tular bermula Ahad.


“Saya amat terharu dan menerima baik tawaran itu. Cuma perlu tunggu keputusan rayuan dan jumlah kompaun terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menerimanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji di sini pada Selasa.


Katanya, dia mengenali sepupu usahawan wanita itu yang kerap menempah kebab dan burger yang dijualnya dan suami.



Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, pada petang Selasa memuat naik status di Instagram menyatakan sudah meminta peguamnya menghubungi peniaga burger itu bertujuan membantu membayar kompaun RM50,000.


Pasangan peniaga itu turut menerima panggilan daripada PU Azman yang menyatakan hasrat sama untuk membantu mereka.


Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang peniaga burger di negeri ini dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa daripada jam 10 malam pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji.


Derita Remaja Dirogol 3 Abang, Malam Dirogol Bapak.

Derita Remaja Dirogol 3 Abang, Malam Dirogol Bapak.

MELAKA

“Mangsa yang tidak lagi bersekolah mendakwa dia dirogol dan diliwat abang-abangnya pada waktu siang, manakala bapanya akan melakukan perbuatan terkutuk itu pada waktu malam dan mangsa akan dipukul sekiranya melawan,” jelasnya..



LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

KREDIT : SINAR HARIAN

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)