Neelofa bantu bayar kompaun, 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga Burger

 



KUALA LUMPUR: Peniaga burger yang dikompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi lebih dari masa ditetapkan di Kelantan bersyukur dan terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja termasuk pelakon dan pengacara, Neelofa.

Bercakap kepada Astro AWANI, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, mengakui beberapa pihak termasuk peguam telah menghubunginya untuk menghulurkan bantuan sejak kesnya menjadi viral dan mendapat liputan media.

Mengenai bantuan yang ditawarkan Neelofa, Wan Mohd Faisal, yang tidak menyangka menerima tawaran berkenaan berkata: "Saya tak tahu nak kata apa. Boleh sangat (saya mengalu-alukan) kalau ada orang yang sanggup menolong.

"Rasa mudah (lega) sikitlah," katanya.


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story petang tadi, memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.


Terdahulu, tindakan Neelofa memuat naik foto sebiji burger dengan kapsyen 'Moreh burger malam ni meh' mencetuskan kekecohan di media sosial apabila segelintir netizen mendakwa beliau menyindir peniaga burger terbabit.


Bagaimanapun, tidak lama kemudian Neelofa tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dengan penjelasan lebih lanjut di Instagram Storynya.


"Ya Allah ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik. Sebelum saya muat naik gambar (burger), peguam saya telah menghubungi abang burger itu dan kami juga telah menghubungi pihak polis untuk tanyakan perincian tentang kompaun dia (peniaga burger) sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah," jelas Neelofa.

SUMBER : ASTRO AWANI


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)