Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut


Seorang mekanik maut apabila motosikal yang ditunggang telah melanggar sebuah jengkaut di kilometer 10.4 Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 7.22 malam itu, mangsa Mohd Azman Arifin, 45, menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Shah Alam menghala ke Ukay Perdana telah melanggar belakang jengkaut di lorong kiri Lebuhraya DUKE.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat telah dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian COVID-19 diperolehi," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Zulkefly memaklumkan Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)