SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Maut Kemalangan Selepas Pukul Lelaki OKU sehingga cedera parah



 Keadaan lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang parah akibat dipukul seorang lelaki di kedai menjual barangan terpakai di Sungai Tiram, di sini, semalam, dilaporkan stabil.


Difahamkan, lelaki berusia 21 tahun yang dipukul dengan topi keledar masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat patah tulang hidung, mata dan bibir serta hidung.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, terdahulu lelaki yang juga anak kepada pemilik premis berkenaan datang ke kedai kira-kira 2.30 petang untuk berehat.


Katanya, pengadu yang sedang berbual di hadapan premis terlihat seorang lelaki berbadan gempal dan tidak memakai selipar tiba-tiba muncul dan berlari keluar dari kedai itu.


"Berasa curiga, pengadu kemudian masuk ke kedai berkenaan dan mendapati lelaki terbabit terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka.


"Mengesyaki sesuatu, pengadu menghubungi ambulans sebelum lelaki itu dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya di sini, hari ini.


Anbalagan berkata, hasil soal siasat mangsa adalah OKU fizikal iaitu tangan kanan tidak bertenaga, datang ke premis itu sebelum secara tiba-tiba suspek menyerbu masuk ke bilik dan memberitahu supaya jangan mengganggunya.


Katanya, suspek kemudian berkali-kali memukul bahagian kepala mangsa dengan topi keledar sebelum bergegas keluar dari premis itu.


"Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian serta saksi bebas mengesahkan keterangan pengadu dan suspek menaiki kereta Suzuki Swift.


"Siasatan lanjut mengesahkan suspek adalah individu sama yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru, di sini, semalam," katanya lagi.



LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

LAZADA 4.4 |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menurut Anbalagan, abang kandung suspek mengesahkan adiknya dikatakan mengalami kemurungan sejak awal Mac lalu, mungkin berpunca tekanan hidup dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.


"Kereta yang dipandu suspek berusia 30-an itu juga disahkan milik bapa si mati dan motif suspek memukul mangsa masih dalam siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.


Semalam, Harian Metro melaporkan pemandu kereta parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan yang berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tengah, di sini, pada 2.50 petang.


Bagaimanapun, pemandu kereta itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


VIDEO 1


VIDEO 2


VIDEO 3 - PERAKAM BUAT PALA TAU, FITNAH MANGSA MYVI







LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

LAZADA 4.4 |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!