Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC

Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

“Pihak polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar laman sosial Twitter yang menunjukkan keadaan mangsa terjatuh jatuh dari tingkat tiga itu.

Mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian.

Beberapa pengawal keselamatan di lokasi kejadian dilihat menutup mayat mangsa menggunakan kain.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)