SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki Curi Beras,Susu Positif Dadah

KOTA TINGGI – Polis berjaya menahan suspek lelaki yang mencuri sekampit beras dan susu selepas 11 jam suspek melakukan jenayah itu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki Indonesia bertaraf penduduk tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kuso pada pukul 7.30 malam semalam.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan mempunyai enam rekod jenayah melibatkan tiga kes dadah juga tiga rekod jenayah.

“Suspek merupakan lelaki Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap selepas berkahwin dengan wanita tempatan dan tangkapan dibuat di rumah suspek selepas pihak polis mendapat maklumat daripada orang awam.

“Susulan itu polis merampas sekampit beras 10 kilogram, sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang didaftarkan atas nama isteri suspek sendiri,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussin berkata, suspek yang mempunyai anak lelaki berusia 6 bulan hingga 10 tahun memberikan alasan mencuri untuk menanggung hidup ahli keluarga.


LAZADA 4.4

3,000++ Whatsapp Group

185,834 Sold |

Lebih 500,000 contact potential buyer untuk mudahkan urusan pemasaran anda


“Isteri suspek hanya bekerja secara harian sebagai pembantu kantin oleh kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan sekolah tidak dapat dibuka maka isterinya tidak dapat keluar mencari pendapatan harian.

“Si isteri pula tidak tahu yang suaminya keluar mencuri. Bagaimanapun apa dilakukan suspek tidak menghalalkan cara,”katanya.

Katanya, suspek telah direman untuk siasatan lanjut selama tiga hari mulai 4 hingga 6 April ini untuk siasatan lanjut.

Beliau turut menegaskan pihak polis tidak mahu kejadian yang berlaku itu menjadi satu bentuk trend dalam masyarakat melakukan jenayah atas alasan kesempitan hidup atau desakan hidup keluarga yang sangat tidak sihat.

“Kalau pun hidup dalam kesempitan disebabkan oleh pandemik Covid-19 tetapi masih ada lagi ruang untuk kita memohon bantuan bagi meringankan beban kesempitan hidup daripada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau ahli politik yang ingin membantu ataupun daripada mana-mana agensi yang berkenaan,”katanya lagi.

Terdahulu, tular di laman Facebook kejadian curi yang berlaku di kedai makan di Jalan Indah di sini awal pagi semalam yang menampakkan rakaman seorang lelaki dipercayai suspek menaiki motosikal.

Siasatan awal polis mendapati suspek telah mencuri sekampit beras 10 kilogram dan juga satu kotak susu


LAZADA 4.4

3,000++ Whatsapp Group

185,834 Sold |

Lebih 500,000 contact potential buyer untuk mudahkan urusan pemasaran anda


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!