Polis menggesa dan menasihatkan masyarakat, agar tidak mengambil tindakan sendiri dan mengeruhkan keadaan susulan kejadian dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh majikan kerana berpuasa, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis turut mengesan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan di sebalik beberapa petikan video untuk mengisytiharkan 'perang' dan mengepung kawasan Klang .
Arjunaidi berkata, kenyataan seumpama itu boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam.

LAZADA RAMADHAN
1 APR - 15 MEI |
Penghantaran PERCUMAAda potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada
"Polis Kontinjen Selangor mengesan beberapa keratan video yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek yang memukul dua orang pengawal peribadi kerana berpuasa.
"Selain daripada itu turut terkesan, beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan 'perang'' dan mengepung kawasan Klang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut Arjunaidi berkata, mereka yang bertanggungjawab boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih.
Beliau turut memaklumkan, setakat ini, lima individu ditahan menerusi beberapa siri tangkapan.
Empat daripada mereka katanya, ditahan di Klang Selatan sementara seorang lagi ditahan di sekitar Dang Wangi, di sini.
Kesemua mereka ditahan reman antara lima dan tujuh hari.

100 Resipi Kuih Muih
57,443 sold |
Harga Asal : R̶M̶ ̶7̶7̶.̶0̶0̶Harga Promosi : RM 3.00 jer!
Promosi RM 3.00 ini hanya sah kepada 100 pembeli terawal. Cepat dapatkan ebook ni untuk persiapan raya nanti!
KREDIT : ASTRO AWANI