SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

KES Belasah Budak OKU, Keluarga mahu tuntut pembelaan

 



Ahli keluarga remaja orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang cedera pada muka akibat diserang dan dipukul pemandu Suzuki Swift dengan topi keledar Khamis lalu bersedia membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.


Kakak sulung mangsa, Iznur Hakim Mohd. Nor, 21 iaitu Izzati Haswani, 26, berkata, pihaknya akan menuntut keadilan yang setimpal dengan kejadian menimpa adik bongsu daripada tiga beradik itu biarpun si pelaku dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan.


Menurutnya, ini berikutan kecederaan yang dialaminya Iznur telah memberi kesan mendalam pada bentuk fizikal dan mental remaja tersebut.


“Kami benar-benar kesal dengan kejadian tempoh hari ketika adik sedang tidur di dalam bilik sebuah kedai yang disewakan bapa kepada seorang rakannya yang juga peniaga bundle.


“Akibat kejadian itu, adik kini terpaksa menanggung kesakitan pada bahagian muka iaitu cedera pada kedua-dua mata, patah tulang hidung, gigi, bibir serta hidung berjahit. Mukanya juga masih bengkak.


“Dia (Iznur) juga dijangka bakal menjalani satu pembedahan pada bawah mata tetapi perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Izzati yang mesra disapa sebagai Wani memberitahu, keadaan adiknya kini stabil dan masih dalam pemantauan pakar-pakar berkaitan di Hospital Pulau Pinang (HPP).


“Kakak mana yang sanggup melihat keadaannya adiknya yang sebegini. Dia ada mengadu sakit pada bahagian muka akibat kesan pukulan bertubi-tubi dengan topi kaledar miliknya.


“Adik seorang yang manja dan kami bertiga termasuk seorang lagi adik perempuan saya memang sangat rapat. Saya yang hantar adik ke situ (premis bundle) setiap kali dia pulang dari sekolah di Bayan Lepas,” ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Iznur di HPP bersama seorang lagi adik perempuannya.


Tambah Wani, keluarganya kini menyerahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut sekali gus mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak terlibat.


Khamis lalu, suspek yang juga pemandu kereta Suzuki Swift berusia 30 tahun itu dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru kira-kira pukul 2.50 petang.


Sebelum kemalangan, suspek bertindak menyerang dan memukul seorang remaja OKU di Sungai Tiram dalam kejadian pada pukul 2.30 petang. 



LAZADA 4.4

Maut Kemalangan Selepas Pukul Lelaki OKU sehingga cedera parah

TRENDING


Difahamkan, lelaki berusia 21 tahun yang dipukul dengan topi keledar masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat patah tulang hidung, mata dan bibir serta hidung.



LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

LAZADA 4.4 |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!