Kenapa berat badan tak turun walaupun berpuasa? Ini sebabnya...

Kenapa berat badan tak turun walaupun berpuasa? Ini sebabnya...
Ads will shown within :

BULAN Ramadan merupakan peluang emas buat individu yang ingin menurunkan berat badan, selain mengejar kebaikan dan pahala melalui amalan yang disyorkan dalam agama.

Tempoh 30 hari perlu digunakan dengan bijak agar dapat mencapai berat badan yang diingini menjelang Aidilfitri nanti.

Namun, ada banyak kes dan keluhan daripada individu yang tidak mendapat hasil yang memberangsangkan, meskipun pemakanan dijaga dengan rapi.

Kenapa?

Mungkin ini antara tiga sebab mengapa berat badan anda tidak turun seperti yang inginkan:

1. Anda berdepan dengan tekanan yang terlalu tinggi


Kunci untuk menurunkan berat badan dengan mudah adalah menjalani kehidupan yang tenang dan bebas tekanan.

Sekiranya anda menhadapi tekanan yang tinggi, hormon kortisol dilepaskan ke dalam sistem oleh hipotalamus bagi melawan 'saraf gembira' yang dihasilkan.

Kesan sampingan hormon ini adalah peningkatan pengumpulan lemak badan. Ia juga mengurangkan jumlah jisim otot sistem anda, seterusnya menurunkan kadar metabolisme anda.

Satu lagi kesan sampingan tekanan adalah tabiat makan dengan berlebihan. Ada sesetengah orang yang mengalami tekanan kehilangan selera makan, namun ramai juga yang mengakui bahawa tekanan 'memaksa' mereka makan dengan lebih banyak.

2. Insomnia atau tidak cukup tidur

Punca kedua mengapa anda tidak kehilangan lemak yang anda harapkan adalah kerana anda tidak cukup tidur pada waktu malam.

Tidur yang cukup adalah penting kerana tidur tidak hanya mempengaruhi kadar metabolisme anda. Ia boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin dan membantu anda mengawal tahap kelaparan anda dengan lebih baik sepanjang hari.

Tidur yang cukup sangat mustahak untuk berjaya mengawal berat badan, jadi buatlah 'janji temu' dengan tempat tidur anda supaya mendapat cukup tidur selama 8 jam.

3. Diet anda tidak cukup dinamik

Sebab ketiga mengapa usaha anda mahu menurunkan berat badan boleh gagal adalah kerana diet yang terlalu seragam.
Diet perlu berbeza dalam nilai kalori untuk menjaga metabolisme pada tahap yang optimum.

Sekiranya anda mengambil makanan yang serupa setiap hari, badan anda perlahan-lahan akan terbiasa dengan tahap kalori sama setiap hari, hingga boleh menurunkan kadar metabolisme.

Untuk mengatasi keadaan itu, anda perlu lebih dinamik mengenai pengambilan makanan. Ini dapat dicapai dengan cara mempelbagaikan jumlah kalori dan jenis makanan yang anda makan setiap hari.

Ramai yang berjaya dengan menyesuaikan pengambilan makanan mengikut corak zig-zag selama seminggu.
Cubalah, ia mungkin berjaya!

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)