Kedai makan dirempuh trailer

Kedai makan dirempuh trailer

Nasib baik bukan masa orang ramai bersarapan kalau tidak mungkin ada yang terkorban,”kata Mohd. Nor Jusoh, 62, yang merupakan saksi terawal kejadian sebuah trailer merempuh kedai makan di Kampung Seboy di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu sebuah trailer membawa muatan bijih besi terbabas dan melanggar kedai makan berkenaan yang terletak di tepi jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Kampung Seboy, Kuala Krau di sini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu kerana semasa kejadian kedai berkenaan ditutup dan tiada penghuni.

Menurut Mohd. Noor dia yang tinggal di seberang jalan itu terjaga daripada tidur selepas terdengar dentuman yang kuat

Saya bergegas keluar dan mendapati sebuah trailer terbabas dan terlanggar kedai makan, bahagian hadapan lori trailer rosak teruk manakala pemandunya hanya cedera ringan.

Kemungkinan pemandu mengantuk kerana jalan di situ adalah lurus,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemilik kedai makan berkenaan, Ali Yusof,48 berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan tiada penghuni di kedai makan berkenaan.

Biasanya kami akan mula beroperasi pada pukul 4.30 pagi dengan membawa makanan dari rumah dan menyediakan juadah sarapan pagi.

Antara yang rosak dalam kejadian itu adalah kerusi meja, struktur bangunan, saluran paip air, gerai buah-buahan di sebelah kedai dan garaj kereta,”katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)