SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Kanak-kanak 3 tahun positif dadah, angkara bapa tiri

Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah, bapa tiri dicari

NILAI - Kebimbangan seorang ibu yang melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkelakuan aneh terjawab apabila anaknya didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, perkara itu disahkan oleh doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur yang merawat mangsa.

"Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

LAZADA 4.4

NETFLIX PREMIUM UNLOCK

RM 19.90 (sekali bayar sahaja)

25,946 sold |

Android 5.0 dan ke atas sahaja

Nikmati lebih 50,000 movie dan siri kegemaran anda. Ada yang lama dan ada yang latest


"Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendedahkan pada 14 April lalu, mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya berusia 38 tahun di Nilai.

Sehubungan itu katanya, polis sedang mengesan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Mohd Fazley berkata, suspek dikehendaki untuk membantu siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran,"katanya.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.