SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Jangan Singgung Sensitiviti Bangsa, Agama - Datuk Arjunaidi


Polis Selangor sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak cepat marah dengan bersifat lebih matang dengan tidak menyinggung sensitiviti setiap bangsa dan agama.

Ini susulan penularan video berdurasi 56 saat melibatkan pertengkaran pelanggan, pekerja serta penghantar makanan dalam sebuah restoran makanan segera di Klang dekat sini, semalam.


LAZADA 4.4

NETFLIX PREMIUM UNLOCK

RM 19.90 (sekali bayar sahaja)

14,480 sold |

Android 5.0 dan ke atas sahaja

Nikmati lebih 50,000 movie dan siri kegemaran anda. Ada yang lama dan ada yang latest


Insiden itu juga melibatkan perkataan puasa dipercayai akibat tersalah menyediakan pesanan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang akibat perselisihan faham hingga mengeluarkan perkataan yang mungkin agak sensitif.

Katanya, ini apabila terdapat satu pihak (pelanggan) tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pekerja restoran itu sebelum penghantar makanan merakam kejadian itu.

“Tidak lama kemudian, sepasukan polis yang sedang menjalankan pemantauan (prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) tiba di lokasi kejadian sebelum meleraikan pertengkaran itu.

“Kesemua pihak telah berjumpa dan berbincang. Harap tiada pulak yang panaskan lagi (isu ini),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya akan memanggil saksi dan individu yang terlibat sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan seterusnya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

- KOSMO


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!