Isu Rentas Negeri - Polis Menghantar Semula Kertas Siasatan...

PETALING JAYA : Polis menghantar semula kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika ini, pihaknya sedang menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita hantar semula kertas siasatan semalam selepas membuat beberapa penambahan mengikut arahan pihak berkenaan sebelum ini.

“Perkembangan lanjut kes itu akan dimaklumkan kemudian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)