Isu Pelakon Cium Kaki, Netizen Yang Bodoh... - Pengarah

 



"Pada saya warganet yang komen negatif sebenarnya adalah mereka yang bodoh," kata pengarah Rashid Sibir mengulas isu babak telefilem arahannya yang kini tular.


Telefilem berjudul Ayat Dari Langit yang disiarkan menerusi Astro Citra semalam menjadi bualan hangat warganet apabila babak lakonan Ellie Suriaty menjirus air, lalu mencium kaki suaminya.


Mengulas perkara ini, Rashid berkata, semua pihak perlu melihat pada karakter watak Zaharah dan bukan peribadinya sebagai Ellie.


"Dia bukan Ellie, apabila membawa watak berkenaan. Dia antara pelakon, yang pada saya sanggup melakukan apa saja demi karakter. Dia bagus dan apa yang ditunjukkan itu memang patut.


"Ia untuk tunjukkan kesayangan, kecintaan dan kesetiannya kepada suami Ustaz Muiz. Kalau suaminya kata mati masuk syurga, dia buatlah kerana dia pun nak masuk syurga.


"Jadi jangan pertikaikan Ellie. Warganet harus bersikap minda terbuka apabila menonton cerita begini," katanya 


LAZADA 4.4

YOUTUBE PREMIUM NO ADS

RM 19.90 (sekali bayar sahaja)

86,346 download |

Android 5.0 dan ke atas sahaja

Tonton apa saja video kegemaran anda di Youtube tanpa sebarang gangguan iklan. 100% tanpa iklan!


Pengarah berpengalaman ini melahirkan perasaan kecewa dengan sikap warganet yang hanya tahu mengutuk berbanding memberi pujian.


"Kalau kita buat cerita cinta orang asyik kutuk. Apabila kita buat cerita agama dan ajaran sesat, dikutuk juga. Kau nak apa sebenarnya warganet?


"Penggiat seni cuba nak bagi segala benda merangkumi cerita sedih, komedi, cinta dan sebagainya.


"Tapi kalau semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang mereka nak sebenarnya? Namun, kecaman itu tandanya warganet menonton drama ini," katanya.


LAZADA 4.4

NETFLIX PREMIUM UNLOCK

RM 19.90 (sekali bayar sahaja)

14,480 sold |

Android 5.0 dan ke atas sahaja

Nikmati lebih 50,000 movie dan siri kegemaran anda. Ada yang lama dan ada yang latest


Rashid mengesahkan dia sememangnya menyuruh Ellie membuat babak sebegitu.


"Tapi saya nak terangkan dulu, kenapa dia kena berbuat demikian. Zaharah adalah seorang isteri yang betul-betul taat dengan suaminya dan percaya dengan ajaran suaminya.


"Malah dia sanggup mati untuk suaminya. Perbuatan itu dilakukan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang dan menghormati suami. Itu sahaja dan tiada benda-benda lain yang dikaitkan.


"Masa saya suruh buat, dia (Ellie) ingat saya main-main. Lepas itu dia buat betul-betul dalam bentuk yang paling menarik dengan cara pegang kaki suaminya itu," katanya.


Menurut Rashid, drama berkenaan juga berkisarkan mengenai ajaran sesat dan ada rasionalnya babak berkenaan dibuat.


"Ustaz Muiz mengajar ajaran sesat dan Zaharah antara, pengikutnya. Isterinya hanya seorang, tapi Ustaz Muiz bebas meniduri perempuan lain di situ.   


"Zina adalah halal baginya. Itu yang saya nak tunjukkan, serta taatnya seorang isteri kepada suami. Bagi saya, lakonan Ellie sangat memberi impak maksima dan tak ramai pelakon sepertinya," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)