Iklan Judi Raya - Polis Buru Individu Yang Sebarkan Klip Video


 
Seorang lelaki kini menjadi buruan pihak Polis Diraja Malaysia selepas dikenal pasti terlibat dalam sebaran video mempromosikan aktiviti perjudian online yang tular di laman sosial baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang dikehendaki dikenali sebagai Jonathan Tan Tee Hoe dan berusia 34 tahun.


“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan satu kes di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian online yang viral di laman sosial.



“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-458 9997 atau boleh juga menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)