"Ibu, Kakak tak nak mati..."

Port Dickson: "Walaupun Putri anak angkat, tetapi dia ditatang bagai minyak yang penuh malah menjadi penyeri hidup kami sekeluarga," kata Halimaton Seman, 48.

Wanita itu adalah ibu angkat kepada Putri Nur Zulaika Abdullah, 11, yang meninggal dunia Jumaat minggu lalu akibat penyakit paru-paru kronik sejak berusia lima bulan.

Katanya, akibat penyakit itu, Putri Nur Zulaika yang dijaga sejak lahir tidak boleh berenggang dengan tangki oksigen, tetapi dia seorang kanak-kanak yang mempunyai semangat tinggi.

Katanya, anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Port Dickson pada 6 petang, 2 April lalu.

"Pada sebelah paginya, saya sempat menyuapkan Putri dan dia makan dengan berselera, malah sempat mengucapkan 'ibu, i love you'.

"Pada masa sama, dia membuka mata sambil berkata 'kakak tak nak mati, kalau kakak mati, siapa nak jaga ibu'," katanya ketika ditemui di sini.

Halimaton berkata, Putri Nur Zulaika juga kerap mengucap dua kalimah syahadah, dan itulah detik terakhir mereka bersembang sebelum anaknya pergi buat selama-lamanya.

Selain itu, katanya, arwah suka menulis dan tulisan terakhirnya ditujukan kepada ayahnya bagi meminta maaf kerana dia sering bergurau dengan ayahnya.

"Boleh dikatakan hampir seluruh ahli keluarga akan menerima surat yang ditulisnya setiap hari sejak beberapa tahun lalu.

"Apabila dia sudah tiada, surat itu menjadi kenangan kami semua," katanya sambil menambah dia menziarahi pusara anaknya setiap hari sejak seminggu lalu.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)