SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Disangka Bunuh Diri, Rupanya Suami Yang Tolak Istri Jatuh dari aras 18...


 
Kematian seorang wanita yang mayatnya ditemui di atas bumbung bilik panel suis elektrik di Kondominium Bukit Awana, Ayer Itam di sini semalam terbongkar selepas suaminya mengaku menolaknya dari tingkap ruang tamu di aras 18.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.06 tengah malam itu, mayat, S. Primila, 35, yang bekerja sebagai ejen insuran dijumpai orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, susulan kejadian tersebut pihaknya telah menahan suami mangsa berusia 35 tahun di lokasi kejadian selepas setengah jam kejadian berlaku.


Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan mengakui telah bertindak menolak mangsa setelah berlaku pergaduhan.


“Suspek turut berada di lokasi kejadian ketika itu. Hasil siasatan lanjut, dia membuat pengakuan menolak isterinya dari tingkap ruang tamu tingkat 18 kediaman mereka.


“Punca pergaduhan disebabkan suspek curiga si mati ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” katanya kepada pemberita hari ini.


Soffian memberitahu, pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit dan satu botol mengandungi ketulan kristal serta plastik lut sinar berisi daun kering dipercayai dadah yang digunakan suspek.


“Suspek yang didapati positif ganja kini ditahan reman selama enam hari sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.


Tambahnya, bedah siasat ke atas mayat mangsa telah selesai dijalankan pada pukul 11.45 malam tadi dan pengecaman mayatnya dilakukan oleh anak saudaranya.


Semalam dilaporkan seorang wanita berusia 30-an ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Ayer Itam ke atas bumbung bilik panel suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tingkat satu


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!