SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bekas Pegawai Polis Ditahan Kerana Sebar artikel yang tidak benar mengenai kartel bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7)


Bekas pegawai polis berpangkat Inspektor ditangkap kerana disyaki menyebarkan artikel yang tidak benar mengenai kartel bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terlibat dengan pelbagai kesalahan di laman media sosial.

Antara dakwaan kesalahan itu ialah salah guna kuasa, melindungi, bersubahat, bersekongkol dan menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, penularan artikel itu telah menimbulkan keraguan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat kerana salah laku yang dikatakan itu melibatkan pegawai dan anggota polis Bukit Aman.

Katanya, siasatan awal mendapati artikel yang ditularkan itu merupakan satu tohmahan yang sangat serius yang mana selain menyenaraikan nama pegawai dan anggota ia turut memaparkan gambar mereka.

“Pegawai dan anggota ini juga ditohmah dan dikaitkan terlibat dengan beberapa sindiket jenayah terancang seperti Geng Nicky, Geng Addy Kanna, Geng Wan Padang Besar, Geng Pak Su Bukit Kayu Hitam dan Geng Tiger 99.

“Akibat tohmahan ini telah memberi kesan negatif kepada imej PDRM amnya dan dan pegawai serta anggota bahagian D7 JSJ Bukit Aman khasnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, sebanyak empat laporan polis telah dibuat oleh empat pegawai sehingga hari ini dan kertas siasatan telah dibuka.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengesan, menangkap dan mendakwa individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam membuat serta menyebarkan isu fitnah itu.

Tambah beliau, pada 16 April lalu, satu serbuan dilakuka ke atas sebuah rumah di Alor Setar, Kedah dan tangkapan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam menyebarkan fitnah itu ditahan.

Menurut Huzir, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis merampas laptop, telefon bimbit, pendrive dan kad sim dan ia dihantar ke makmal forensik untuk tujuan analisa.

Jelasnya, suspek yang berusia berumur 33 tahun itu telah dikenakan pengawasan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) di bawah Op Mualang yang dilaksanakan Bahagian D7 Gangsterisme JSJ Bukit Aman bagi mencegah aktiviti kongsi gelap di sekitar kawasan Klang, Selangor.

“Suspek juga terkesan pernah membuat beberrapa tohmahan sebelum ini terhadap pegawai dan anggota bahagian D7 Gangsterisme Bukit Aman, dipercayai tujuan suspek bertindak sebegini adalah kerana marah, tidak puas hati dan denda terhadap pasukan siasatan yang telah mengambil tindakan terhadap beliau sehingga diberhentikan kerja dan dikenakan hukuman pengawasan selama dua tahun di Alor Setar, Kedah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” ujarnya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.