SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bayi 14 Hari Tercampak Keluar Dalam Kemalangan...

Seorang wanita bersama bayi perempuannya berusia 14 hari maut dalam kemalangan di Jalan Ampang, ibu negara pada Khamis.

Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri dan dua anak mereka itu dari arah Ampang menghala ke Lembah Jaya, pada 10.30 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, setibanya di lokasi kejadian, pemandu berusia 32 tahun itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke arah bertentangan.

"Isterinya tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan manakala bayi perempuan tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.

"Wanita warga Indonesia berusia 28 tahun itu maut di tempat kejadian manakala bayi malang berusia 14 hari itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

"Seorang lagi anak pasangan tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berumur empat tahun mengalami cedera parah manakala pemandu mengalami cedera ringan dan kedua-dua mangsa sedang dirawat di Hospital Ampang.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi yang melihat kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Insp Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 atau pejabat polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

Potongan Harga Barang Sehingga 99% |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!