SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bapa Rogol Anak 8 Tahun, Dipenjara 18 Tahun 6 Sebatan


Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengekalkan hukuman 18 tahun penjara dan enam sebatan terhadap seorang bapa enam anak yang didapati bersalah merogol anak bongsunya yang berusia lapan tahun.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh yang juga seorang pemotong rumput berusia 58 tahun terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen, tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam G K Sritharan dan P Rajagunaseelan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, Mahkamah Sesyen secara betulnya apabila di akhir kes pembelaan memutuskan perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan merogol anak kandungnya.

"Berkaitan hukuman, Mahkamah Sesyen sudah menimbangkan prinsip penghukuman secara tertib.

"Mahkamah ini berpendapat, hukuman yang dijatuhi ke atas perayu tidak berlebihan. Oleh itu, hukuman dijatuhi ke atas perayu, disahkan dan dikekalkan," katanya.

Mahkamah memerintahkan supaya jaminan RM10,000 ke atas tertuduh yang diputuskan Mahkamah Sesyen tahun lalu dikekalkan selain dia perlu melapor diri ke balai polis berhampiran pada setiap 1 haribulan, sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Pada 20 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan terhadap tertuduh atas pertuduhan merogol anak kandungnya yang ketika itu berusia lapan tahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan mulai tarikh sabitan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia lapan tahun di Kangkar Pulai antara 4 hingga 7 Mei 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Snow

MamyPoko AirFit Girl Pants

18,652 Sold |

XL (12-17kg) 38 X 4 packs 152 Pcs

MamyPoko AirFit Girl Pants XL (12-17kg) 38 X 4 packs 152 Pcs


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.