Ya Allah dibulan yang mulia dan suci ini kami memohon pertolongan dariMU Ya Allah, sembuhkan lah Adik Daffrel Firdaus bin Mohd Firdaus, Angkatlah segala kesakitan yang dirasai nya, permudahkan lah segala urusan kedua Ibubapanya Ya Allah 🤲ðŸ˜
Doakan baby Daffrel cepat sihat. Jom kita beramai ramai doakan agar Adik Daffrel kembali sembuh seperti biasa dan JIKA sudi hulurkan lah sedikit sumbangan agar dapat meringankan beban Ibu dan Ayah Daffrel. Semoga Anda semua dimurahkan lagi rezeki dibulan yg mulia ni, Aamin Ya Mujib 🤲
🌹 Sedikit Coretan Ibu Daffrel .
Beberapa jam sebelum sakit awak sangat aktif , ketawa , sengih , mama gomol gomol awak bukan main lagi awak suka . Patutlah mama rasa something . Mama rasa taknak lepas awak . Mama rasa taknak jauh dari awak . Sungguh sungguh mama peluk awak dik pagi tu .
Awak sihat macam biasa . Tak demam . Tak merengek . Its normal macam biasa . Awak memang tak menunjukkan sebarang sakit . Awak happy je macam biasa .
Lepas bangun tidur , tiba tiba je mata awak ke atas , kaki tangan pun ikut ke atas . Benda tu berlaku sekejap sekejap dan awak tak kejang . Lebih kurang 5minit . Papa dukung sambil lap muka & kepala awak dengan air . Awak masih sama . Seminit lepas tu awak okey . Senyum ketawa main macam biasa . Papa cakap awak okey takde apa2 . Instinct mama cakap no ! Tu bukan diri awak .
4jam selepas awak kena lagi . Papa dah pergi kerja masa tu . Mama terus bawa awak pergi hospital bahagian kecemasan . Awak dimasukkan ke zon kuning . Selama 4 jam kat situ awak okey . Senyum sengih ketawa main macam biasa . Doc kata maybe awak boleh discharge . Tiba2 4jam pastu awak jadi balik depan kata doktor .
Terus awak ditahan wad sehingga sekarang . Perkara tu berulang setiap 4jam . Dan benda tu menyakitkan awak . Awak akan menangis kuat sambil tengok mama . Awak tenung mama & nurse kat wad . Mungkin awak nak bagitau “adik sakit ni ma” ðŸ˜
Sabar ya sayang . Adik kuat tau ! Mama yakin adik kuat sihat membesar dengan bijak pandai . Ramai yang doakan adik . Ramai sayang adik . Walaupun mereka tak pernah jumpa adik , mereka sedih tengok adik sedih . Kita sama sama lawan ya dik . Awak anak lelaki . Awak & abang yang akan jaga mama nanti . Awak kena kuat kuat kuat !
Terima kasih untuk semua keluarga , sahabat dan saudara yang mendoakan Muhammad Daffrel Firdaus bin Muhamad Firdaus dan yang memberi sumbangan . Semoga Allah saje yang dapat balas . Semoga doa kalian diangkat dan dimakbulkan .
#infantilespasms
KREDIT : Ibu Baby Daffrel Firdaus Norazimah Bunihan

NETFLIX PREMIUM UNLOCK
RM 19.90 (sekali bayar sahaja)
14,480 sold |
Android 5.0 dan ke atas sahajaNikmati lebih 50,000 movie dan siri kegemaran anda. Ada yang lama dan ada yang latest