SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

3 Beranak Tinggal Dalam Stor Mohon Bantuan Perumahan

Sebuah keluarga di Air Itam di sini terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot selepas rumah pusaka yang didiami mereka hangus terbakar dalam kejadian 6 April lalu.

Effandy Abdul Rahim berkata, dia tidak mampu membina semula rumahnya berikutan masalah kesihatan selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Saya tidak mengharapkan bantuan wang daripada orang ramai, cuma bantu saya bina semula rumah kami agar saya dan isteri Salbilla Supriyadi, 41, serta anak kami Nuur Zulaieca, 2, dapat tinggal dengan selesa,” katanya ketika ditemui pemberita, di tapak rumahnya pada Isnin.

Menurutnya, stor yang menjadi ‘rumah sementara’ mereka terletak di tingkat atas kilang perabot tersebut dan mereka terpaksa menggunakan tangga besi untuk naik dan turun, sekali gus mengundang bahaya.

”Saya juga mohon kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang supaya menyambung semula bekalan air di tapak rumah kami yang telah terbakar... sekarang ini kami menumpang bekalan air dan tandas jiran,” katanya.

Effandy, 32, berkata, dia hanya berniaga buah mangga di tepi jalan dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 sebulan, manakala isterinya pula menjaga orang kurang upaya dengan upah RM30 hingga RM40 sehari.

“Saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana menghidap sakit jantung dan perlu mengambil suntikan harian di klinik kerajaan berdekatan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Effandy menerusi talian 01110561130. - Bernama


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!