10 tan makanan dibuang setiap hari pada Ramadan

GAMBAR SEKADAR HIASAN

10 tan makanan dibuang setiap hari pada Ramadan


 Sebanyak 10 tan makanan dan sampah plastik dianggarkan dibuang pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan kali ini, menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kajian mendapati, pembaziran makanan meningkat di antara 15 hingga 20 peratus pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa.


“Pada 2018, dilaporkan sebanyak 20,088 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah di seluruh negara setiap hari semasa Ramadan iaitu jumlah yang cukup untuk memberi makan satu setengah kali kepada penduduk Malaysia.

“Tahun ini, dianggarkan makanan dan bahan plastik yang dibuang setiap hari semasa bulan suci ini adalah sebanyak 10,000 tan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pembaziran itu boleh membawa kepada kenaikan harga makanan memandangkan ia meningkatkan permintaan yang berkaitan dengan bekalan.


“Lebih-lebih lagi, kita amat bergantung kepada import makanan yang biasanya diniagakan dalam dolar Amerika Syarikat.

“Dengan kadar tukaran semasa, kita terpaksa membayar lebih untuk jumlah yang sama dan bagi Malaysia, ia adalah pengaliran keluar mata wang kita,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mencadangkan kerajaan mengawal jenis makanan yang dijual bagi menghadkan jualan makanan sama jenis dan menentukan saiz bazar Ramadan mengikut saiz komuniti bagi mengatasi masalah pembaziran makanan.

Beliau berkata, pihak berkaitan juga perlu menggalakkan orang ramai menggunakan bekas sendiri serta mengagihkan lebihan makanan yang masih elok kepada bank makanan atau golongan memerlukan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)