Wargaemas Maut Terlanggar Lembu



 Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar lembu melintas di Jalan Bukit Bulat di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Abdul Bahrin Hamid, 59, dari Kampung Lendu di sini, dikatakan dalam perjalanan dari arah Hutan Percha ke FELDA Solok Menggong.


Mangsa dikatakan tidak sempat mengelak sebelum merempuh haiwan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata kemalangan berlaku ketika cuaca baik di jalan lurus dua lorong dua hala dan mempunyai garisan berkembar.


"Siasatan awal mendapati ada kesan geseran dan serpihan di lokasi dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala," katanya di sini, hari ini.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)