SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K


KUALA TERENGGANU – Padah pecah amanah sebanyak RM20,864 pada dua tahun lalu, seorang bekas kerani wanita sebuah firma guaman dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memutuskan hukuman demikian selepas tertuduh, Zulkarma Zon, 37, yang sedang hamil tiga bulan menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Zulkarma didakwa mengutip sendiri wang seorang pelanggan berjumlah RM20,864 tanpa pengetahuan dan kebenaran majikannya iaitu firma guaman Tetuan Fariz, Halim & Co.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat firma guaman tersebut di Taman Teratai di sini antara Julai dan Ogos 2019.

Zulkarma didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. – K! ONLINE
Remaja Perempuan Cuba Bunuh Diri Akibat Ditegur Bermain Game

Remaja Perempuan Cuba Bunuh Diri Akibat Ditegur Bermain Game

NASIONAL

Zaiham berkata, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu. Katanya, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!