Melaka: "Ketika itu cuma risau jika betul dia nekad untuk terjun dan bimbang perkara tidak elok berlaku saya terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan."
Begitulah kata-kata saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Nadia, 31, menceritakan detik cemas wanita cuba terjun dari pangsapuri di Pertam Jaya, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, wanita berusia 29 tahun yang juga penghuni pangsapuri berkenaan dikatakan cuba terjun dengan berdiri di luar balkoni unit kediamannya di tingkat enam.
Nadia yang juga penghuni di pangsapuri berkenaan berkata, dia yang ketika itu berada di dalam rumah berhadapan blok kediaman wanita terbabit terdengar bunyi bising sebelum menjenguk ke arah luar.
"Sebaik membuka pintu dan menjengah keluar saya melihat wanita terbabit sudah berdiri di luar balkoni rumahnya dengan berpegang di penghadang besi.
"Manakala seorang lelaki yang berada di tingkat bawah menjerit 'sesiapa minta tolong' serta turut mengatakan 'ingat anak' beberapa kali," katanya.
Ujarnya, ketika itu belum ada penghuni yang menyedari kejadian bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa individu mula kelihatan dan turut cuba menenangkan wanita terbabit.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.14 tengah hari sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan Bukit Katil bersama lapan anggota termasuk komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi mendapati benar terdapat seorang wanita ingin terjun dari bangunan dan usaha memujuk mangsa dijalankan. Pasukan bomba mengalami kesulitan apabila pintu rumahnya terkunci.
"Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan langkah berjaga- jaga dengan dibantu orang awam kanvas dibentangkan sebelum mangsa berjaya diselamatkan 2.46 petang," katanya.
Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
PEMANDU MABOK REMPUH KERETA POLIS,AMBULANS DAN MOTORSIKAL
TRAGEDI
Pemandu Mercedez bergesel dgn Proton Saga hingga (Saga) itu terbabas dan rempuh kereta peronda polis, ambulans dan motosikal di tepi jalan.
LAZADA BIRTHDAY PARTY
27 MARCH 2021
Nikmati potongan harga barang sehingga 90% semperna ulang tahun Lazada yang ke 9 tahun!
Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.
▶️Harian Metro
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!
1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022
Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!