SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Suami Masuk Penjara, Istri Berkhalwat Dengan Lelaki Lain

 


Kubang Pasu: Wanita yang masih berstatus isteri orang ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah sewa di Sintok, di sini, hari ini.

Ketika serbuan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada 3 pagi tadi, mereka didapati berada dalam rumah yang disewa suami wanita berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, operasi diketuai Mohd Khairil Naim Johari selepas menerima aduan awam berhubung kegiatan pasangan terbabit.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka wanita berusia 32 tahun itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiga kanak-kanak berusia tiga hingga 13 tahun dipercayai anak wanita itu berada dalam bilik berasingan di rumah berkenaan.

"Wanita dan lelaki itu kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan mereka pasangan suami isteri atau mahram yang sah..

"Malah, pemeriksaan juga mendapati motosikal lelaki berusia 30 tahun itu diletakkan di dalam rumah berkenaan untuk mengelak dikesan," katanya.

Katanya, berdasarkan soal siasat juga mendapati suami wanita yang bekerja di kilang rempah itu sedang menjalani hukuman penjara.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan dan diberi notis supaya hadir semula ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Ramadan 2021

Monday, April 12 2021

Ramadhan Al Mubarak, Bulan Penuh Kesyukuran


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.