SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Suami Ludah, Tampar Istri Kerana Lambat Masak Rendang Ayam


 
Seorang lelaki sanggup menampar dan meludah isterinya hanya kerana wanita terbabit terlambat memasak rendang ayam yang dimintanya.


Insiden itu dilaporkan berlaku di rumah pasangan terbabit di Jalan Pinang, Kampung Melayu, di sini, pada 21 Mac lalu jam 10.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku apabila suspek berusia 67 tahun tidak berpuas hati dan menampar pipi isterinya berusia 66 tahun kerana mangsa lambat memasak rendang ayam diminta suaminya itu sebelum mereka terbabit dalam pertengkaran.


"Suspek kemudian duduk di atas badan isterinya termasuk meludah muka wanita itu. Lelaki itu mahu mencekik mangsa namun wanita cuba melawan mengakibatkan berlakunya pergelutan sehingga mereka terjatuh dari katil.


"Susulan pergelutan itu, wanita berkenaan mengalami sakit pada badan dan lebam pada dagu sebelah kanan. Namun, mangsa dia tidak dapat memastikan puncanya (sakit/lebam)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamad Farouk berkata, suspek adalah seorang pesara yang juga menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta memerlukan suntikan insulin empat kali sehari.


"Siasatan yang dilakukan mendapati wanita berkenaan tinggal di rumah bersama suami dan ibu mertuanya yang lumpuh berusia 86 tahun.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!