
Sewa heli tabur wang
Untuk menyambut majlis perkahwinan ahli keluarga dengan penuh gaya, empat beradik lelaki di Pakistan sanggup menyewa helikopter untuk menaburkan wang dari udara.
Majlis itu menjadi perbualan penduduk bukan saja di Punjab, malah menarik perhatian media arus perdana di negara itu, lapor Gulf News.
Difahamkan, keluarga Rana tinggal di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.
Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain tinggal di Pakistan dan menjaga rumah serta tanah milik keluarga.
Minggu lalu, abang Rana kembali ke Pakistan untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya itu.
Dalam usaha untuk menjadikannya majlis itu sebagai acara dikenang seumur hidup, mereka menyewa helikopter dengan harga 1.8 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM47,160).
Ia bertujuan untuk menaburkan bunga ros dari udara ketika acara perarakan pengantin.
Namun, apa yang paling mengejutkan tetamu turut 'dihujani' wang kertas bernilai 2 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM52,400).
Wang itu dalam bentuk mata wang asing termasuk euro ditaburkan di sepanjang laluan dilalui rombongan pengantin lelaki.
Ia dari rumah lelaki berkenaan sehingga ke dewan yang menjadi lokasi majlis perkahwinan.
Rakaman video yang tular menunjukkan majlis perkahwinan itu meriah dengan kehadiran tetamu.
Kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar di lokasi majlis perkahwinan itu.
Tidak lama kemudian kawasan itu dihujani dengan wang yang 'ditabur' seseorang dari helikopter berkenaan.

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.