SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Sembunyi Dalam Air Najis Elak Dicekup


Gara-gara bimbang dicekup, tiga lelaki warga asing nekad memanjat dinding yang diperbuat daripada zink setinggi kira-kira 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi najis berdekatan tapak pembinaan pusat komersial Tun Razak Xchange (TRX), Jalan Imbi di sini awal pagi, hari ini. 

Tidak cukup dengan itu, mereka yang hanya berkain pelikat sanggup bersembunyi di dalam longkang yang berbau busuk itu meskipun dalam keadaan kaki tercedera akibat terkena bahagian zink yang tajam. 

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia pula berpura-pura diserang histeria dan mendakwa mengalami kekejangan pada bahagian badan hingga mencemaskan suasana di lokasi seketika. 

Namun, taktik itu tidak berpanjangan apabila perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa yang menyedari wanita berusia 40 an itu hanya berlakon bagi mengelak daripada dicekup. 

Mereka antara 328 warga asing yang berjaya dicekup menerusi Op Jabatan Imigresen yang dilaksanakan secara bersepadu antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Putrajaya bermula kira-kira pukul 10 malam hingga pukul 2.30 pagi. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang turut menyertai operasi itu berkata, kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 22 hingga 63 tahun melibatkan warga Bangladesh (204 orang), Indonesia (108 orang), India (empat orang) dan Myanmar (sembilan orang). 

Jelasnya, operasi kali ke-75 ini menyasarkan port tapak pembinaan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan ini bagi melihat kesahihan pasport sama ada masih boleh digunakan atau sudah tamat tempoh. 

“Kita juga mahu periksa sama ada pekerja tersebut ditempatkan di sini berdasarkan sektor asal atau di luar daripada sektor yang telah didaftarkan oleh agensi majikan mereka. 

“Tindakan tegas akan diambil ke atas majikan sekiranya pekerja berkenaan bekerja di sektor yang bertentangan dengan pekerjaan yang didaftarkan dalam dokumen,” ujarnya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan, awal pagi semalam.

Ujar beliau lagi, pemerhatian pihaknya turut mendapati suasana di kawasan tapak pembinaan itu sangat tidak selesa dan sempurna dari segi kemudahan penginapan asas sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 446 Kementerian Sumber Manusia (KSM) . 

“Ia melibatkan aspek makan minum, tidur, pembuangan air kecil dan besar yang tidak terurus tanpa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), ia akan dirujuk segera kepada kementerian itu,” ujarnya. - HLAZDROP

WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K

WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K

PECAH AMANAH

Zulkarma didakwa mengutip sendiri wang seorang pelanggan berjumlah RM20,864 tanpa pengetahuan dan kebenaran majikannya. Zulkarma didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta

Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta

TRAGEDI

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.


Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!