Saya Azreen, saya ingin mohon bantuan buat anak saya Qhayla Rania. Qhayla disahkan menghidap hydrocephalus sejak anak saya dilahir, Qhayla sudah banyak kali di bawa masuk ke bilik pembedahan sejak hari pertama dilahirkan.
Tahun ini Qhayla berumur 5 tahun, keadaan kepala anak saya menyebabkan dia tidak mampu untuk bangun dan sentiasa terbaring. Namun Qhayla sentiasa ceria, gelak ketawa untuk menghiburkan hati orang sekitarnya.
Semakin Qhayla membesar, kepalanya juga semakin membesar. Sejak Qhayla lahir, Qhayla sudah 7 kali menjalani pembedahan di kepala. Alhamdulillah setakat ini belum ada tanda programmable shunt Qhayla tidak berfungsi.
Kami kerap ke hospital membawa Qhayla mendapatkan rawatan dan fisioterapi. Suami dan saya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM800 sebulan namun keperluan perubatan Qhayla mencecah hampir RM1,700 sebulan. Qhayla perlu minum susu khas untuk membantunya menambah nutrisi dalam badan.
KOS YANG DIPERLUKAN
a) Susu : RM147 x 6 tin sebulan = RM882
b) Pampers : RM31 x 5 pek sebulan = RM155
c) Ulang Alik Hospital (Rumah - Hospital- Rumah) : RM200 x 3 kali sebulan = RM600
RM882 + RM155 + RM600 = RM1,637
RM1,637 x 6 bulan = RM9,822
KOS KESELURUHAN = RM9,822
Tambahan Kos Pengiklanan Kempen Sebanyak 10.6%
*Sejumlah RM1042 daripada jumlah di kempen akan digunakan agar lebih banyak capaian boleh didapatkan.
Apa kata kita ceriakan adik Qhayla. Kongsikan 😊 senyuman anda di bawah atau klik link di bawah 👇👇👇
❤️ http://kita.fund/danadikqhayla