SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Sajat diburu...

KKMM sedia bantu buru Sajat

"Kita (Kementerian Komunikasi dan Multimedia - KKMM) sedia membantu untuk mengesan dia (Nur Sajat) kerana dia mempermain dan mempersenda agama.

"Buat masa ini biarlah pihak berkuasa agama dan polis cari dahulu dan jika ada apa-apa keperluan, kementerian ini sedia membantu," kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis untuk mengesan lokasi usahawan kosmetik itu.

Katanya, ia perlu memandangkan sikap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang berterusan membangkitkan kemarahan dan mempersenda Islam seperti yang dikongsikan di media sosial sebelum ini.

"KKMM bersedia untuk bekerjasama. Kita akan bantu kesan di mana dia berada.

"Saya kira polis juga ada kemampuan untuk lakukan ini (kesan). Tapi sekiranya perlu, kita akan membantu," katanya.

Semalam Nur Sajat kembali menimbulkan kontroversi apabila memuat naik video pengakuan seolah-olah berniat menukar agama.

Ia dipercayai ada kaitan dengan dirinya yang diburu Jais selepas tidak hadir sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung menghina Islam.

Susulan itu Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya bersedia membantu Jais mengesan Sajat yang menghilangkan diri.

Sabtu lalu, anggota dari Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais menjalankan pemeriksaan di rumah keluarga Nur Sajat di Kota Damansara.

Bagaimanapun, dia tiada di situ dan dimaklumkan tidak pulang ke rumah sejak gagal hadir di mahkamah.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.