SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Saintis Sweeden Berjaya Menukarkan Baju Lama Kepada Gula

 



BAYANGKAN jika kita boleh mengeluarkan serat kapas daripada pakaian lama dan menukarkan ia kepada nilon atau lycra?


Ini merupakan cetusan idea daripada para saintis di Sweden. Mereka telah membangunkan kaedah mesra alam bagi menukarkan serat kapas pakaian kepada glukosa, dan seterusnya menjadi material fabrik lain.

Adakah anda tahu pakaian yang telah didermakan berkemungkinan akhirnya akan dibakar atau diletakkan di tapak pelupasan sisa pepejal


Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para saintis daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Lund di Sweden kini mencari kaedah untuk mengitar semula helaian kapas daripada pakaian terpakai.


Menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal Waste Management, kaedah mereka gunakan ini adalah sangat inovatif iaitu mengeluarkan helaian kapas daripada pakaian dan menukarkannya kepada glukosa dengan menggunakan asid sulfurik.


Kaedah ini membabitkan penguraian serat kapas (selulosa) kepada bahan yang lebih kecil.

Fabrik itu kemudian akan direndam dalam asid sulfurik hingga menghasilkan cecair berwarna kuning keperangan.

Kira-kira 5 liter larutan gula dapat dihasilkan daripada satu beg potongan perca kain ini, atau kira-kira 33 kiub gula.


Penyelidik Kejuruteraan Kimia di Universiti Lund yang mengetuai projek tersebut, Edvin Ruuth menjelaskan, glukosa merupakan molekul yang fleksibel dan mempunyai banyak kegunaan.


"Kami ingin menghasilkan bahan kimia yang boleh dijadikan kepada pelbagai jenis fabrik, termasuk spandex dan nilon. Penggunaan alternatif adalah ia boleh digunakan untuk menghasilkan etanol," kata Ruuth.


Dalam tempoh setahun, pasukan Edvin Ruuth berjaya menghasilkan 90% glukosa daripada kain kapas berbanding 3 hingga 4 peratus pada awal kajian.


Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan kain yang diasingkan secukupnya.

Ketika ini tiada pusat untuk mengasingkan fabrik yang boleh dikitar semula atau mengikut saiz serat.




Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!