Batu Pahat: Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di kediaman terbabit di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, dekat sini, hari ini.
Saksi kejadian, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, kejadian berlaku jam 1.20 petang manakala majlis berkenaan dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang.
"Kebetulan saya hadir ke rumah berkenaan untuk bertugas sebagai jurugambar majlis pertunangan itu dan saya lihat sendiri api marak membakar rumah berkenaan begitu cepat.
"Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga berkenaan tidak sempat menyelamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah.
"Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan melecur kerana mahu menyelamatkan kereta yang diparkir berhampiran serta ada yang cedera terpijak kaca," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas di bahagian dalam rumah manakala keadaan rumah yang berstruktur separa batu dan kayu menyebabkan ia cepat terbakar.
"Mujur tiada kemalangan jiwa dan ahli keluarga serta tetamu yang hadir kira-kira hampir 100 orang dapat menyelamatkan diri," katanya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor berkata, kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan dan sebuah motosikal turut musnah dijilat api.
"Seramai 22 anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penggaram dan Yong Peng dihantar ke tempat kejadian.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta operasi ditamatkan pada jam 3.34 petang," katanya.
GURU PRATIKAL CAMPAK PELAJAR TASKA
KANAK-KANAK
Video berdurasi 10 saat itu yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.
LAZADA BIRTHDAY PARTY
27 MARCH 2021
Nikmati potongan harga barang sehingga 90% semperna ulang tahun Lazada yang ke 9 tahun!
Pacuan 4 Roda Hilang Kawalan Rempuh Bengkel Motorsikal
TRAGEDI
Sebuah pacuan 4 roda hilang kawalan lalu merempuh sebuah bengkel motorsikal. Pemandu tersebut keliru antara pedal minyak dan brek dipercayai akibat pengaruh alkohol.
Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!
1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022
Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!