Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska
KUALA BERANG – Seorang penyelia taska dan enam kakak-kanak berdepan detik cemas, apabila seorang lelaki yang bersenjatakan senapang angin memasuki premis untuk merompak.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi tadi dan suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan wang sambil mengacu senapang angin di kepala mangsa.
Beliau berkata, mangsa sempat menepis senapang angin itu hingga menyebabkan suspek melepaskan tembakan, namun terkena pada bahagian lantai dapur taska tersebut.
“Kemudian suspek mengambil beg tangan milik mangsa sehingga berlaku tarik menarik antara mereka namun suspek berjaya melarikan beg tangan itu.
“Suspek turut memecahkan cermin tingkap nako di bahagian dapur dan melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah, yang nombor pendaftarannya belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek tersebut mengambil barangan kemas, wang tunai berjumlah RM4,000, telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memecah masuk ke dalam taska itu melalui pintu belakang.
“Mangsa dan enam kanak-kanak asuhan taska itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya yang meminta orang ramai segera menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata tajam.

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.