Polis akan panggil suspek disyaki hasut isu kalimah Allah


 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengenal pasti dan akan mengambil keterangan individu bertanggungjawab ke atas satu video tular yang dikesan berkecenderungan menghasut orang ramai menentang isu penggunakan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan telah dijalankan ke atas pemilik akaun Facebook ‘Mujahidah Malaysia’ dan telah mengesan beberapa kenyataan mempertikaikan keputusan mahkamah tinggi serta bersifat menghasut dasar agama juga perkauman melalui klip video berdurasi 12 minit 34 saat yang dikongsikan individu tersebut.


“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.


“Suspek bagi kes ini juga telah dikenalpasti dan individu terbabit akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Jelas Huzir, PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tindak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu gugat keharmonian negara.


“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman serta keselamatan awam,” tegas beliau.


Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 12 minit 34 saat memaparkan seorang wanita mempertikaikan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.


Menerusi video berkenaan, wanita tersebut mempersoalkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain selain menyifatkan kalimah tersebut adalah ekslusif kepada penganut agama Islam dan tidak seharusnya dikongsi.


Wanita berkenaan turut mempersoalkan di mana Jabatan Agama Islam, mufti agama, wakil-wakil Sultan serta mereka yang menjadi ketua agama dan bagaimana perkara ini boleh terjadi selain menyatakan kekecewaannya berhubung perkara itu yang disifatkan sebagai amat memalukan.


Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)