Pesara Tentera Menderita, Terlantar Akibat Penyakit Misteri

Pesara tentera, Staf Sarjan (SSjn) Bersara Nor Hisham Sapie hanya mengharapkan bantuan untuk meneruskan kehidupan beliau sekeluarga kerana terlantar akibat penyakit yang misteri.


Penyakit tersebut menyebabkan beliau lumpuh separuh badan dan tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga mencari rezeki.


Keadaan ini menyebabkan pesara tentera itu terlantar di katil sejak 9 Februari lalu.

Menurut beliau, segalanya bermula dari ketumbuhan yang dialami pada bahagian leher


“Saya semakin pulih selepas jalani pembedahan buang ketumbuhan di Hospital Besar Temerloh,

“Namun keadaan kesihatan semakin merosot sebulan kemudian,” kata Nor Hisham kepada Air Times sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Durian Tawar, Kuala Triang, Bera, Pahang.


Menurutnya, beliau menderita apabila ketumbuhan yang dialami berlaku sekali lagi dan menyebabkan sakit di bahagian belakang.


Tambah Nor Hisham, pihak hospital masih gagal untuk mengesan penyakit yang dialaminya.

“Untuk mengenalpasti penyakit yang dialami, pihak hospital pernah mencadangkan agar saya merujuk ke hospital swasta dengan menggunakan duit sendiri,

“Saya buat Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Pahang Medical Centre pun masih tidak dapat keputusan yang sebenar,” ujarnya lagi.


Buat masa ini Nor Hisham menghadapi kekangan apabila dirinya sudah tidak mampu bergerak tanpa bantuan isteri dan anak-anak di sisi. Ini terutamanya apabila beliau perlu berulang-alik ke Hospital Besar Temerloh bagi mendapatkan rawatan.


“Saya amat berharap agar diberikan peluang untuk jalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,

“Mungkin rawatan di situ dapat memulihkan kembali keadaan saya dan boleh menyara keluarga,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Norehan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana sudi datang melawat dan memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau sekeluarga.

Terdahulu Menteri Kanan Pertahanan melancarkan Program Jiwa Murni di Kuala Triang, Bera sempena Hari Tentera Darat ke-88 yang disambut pada 1 Mac lalu.


SUMBER – AIRTIMES


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)