Penunggang Motor Berkuasa Tinggi Maut Nahas Kemalangan


Seorang lelaki maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Kampung Gual Mesa di sini pada petang Selasa.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Aiman Ibrahim, 29, yang beralamat di Kampung Bakat Gual Periok di sini maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda CRV ang dipandu seorang wanita berusia 50 tahun dari arah Pasir Mas menghala ke arah Rantau Panjang berhenti di bahu jalan untuk membeli sayur di Kampung Gual Mesa.

"Selepas selesai membeli, pemandu CRV itu terus membuat pusingan U untuk berpatah balik ke arah Pasir Mas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, pada masa sama, motosikal yang ditunggang Muhammad Alif Aiman datang dari arah Rantau Panjang tidak sempat menekan brek atau mengelak menyebabkan berlaku pelanggaran.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)