PEMBERI MAKLUMAN PALSU DIDENDA & PENJARA


Hukuman Denda Dan Penjara Untuk Kesalahan Memberi Maklumat Palsu.

Pasukan penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang terus bertindak dengan memastikan setiap pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta 299 mendapat hukuman yang setimpal.

Di Mahkamah Majistret Mahkamah Majistret Daerah Temerloh hari ini seorang wanita warganegara Indonesia mengaku bersalah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu dalam pendaftaran kelahiran bayi ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) dan tertuduh dijatuhi hukuman denda RM10,000 jika gagal membayar denda dikenakan penjara selama 1 tahun.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh Irdawati binti Khaidir, 37 tahun hadir ke pejabat JPN Daerah Bera pada 16 Mac 2021 untuk membuat permohonan pendaftaran kelahiran anaknya. Hasil siasatan mendapati beliau mengemukakan maklumat bekas suaminya, untuk didaftarkan sebagai bapa dan juga telah mengemukakan Sijil Perkahwinan yang tidak sah sebagai bukti dokumen perkahwinan. Setelah semakan dibuat, tertuduh dan bekas suami telah bercerai sejak 2018 dan tidak pernah merujuk semula dengan bekas suaminya. Pengesahan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh telah dibuat dan mengesahkan pasangan ini telah bercerai dan tidak pernah merujuk semula. 

Sehubungan itu JPN menyeru serta ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa bagi setiap isu penyelewengan yang dikesan agar setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan dan dijatuhi hukuman di mahkamah agar menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia amnya.

#JabatanPendaftaranNegara
#RakyatDiHatiJPN

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)