Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah



 Tak mengaku sebabkan kematian pekerja kilang


Kuantan: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik, di sini hari ini atas pertubuhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja kilang, 1 Mac lalu.


Tertuduh, K Mandave Singh, 25 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.


Mengikut pertuduhan, Mandave Singh memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza berada di atas jalan raya dengan kadar alkohol di dalam darah melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22 di Jalan Sungai Lembing, di sini pada 1.10 pagi.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000.


Tertuduh yang diwakili peguam bela, Farah Naz Kumar memohon jaminan dikurangkan kerana Mandave Singh baru menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan manakala bapanya bekerja sebagai pemandu teksi berpendapatan RM1,500.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin serta beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis, lesen memandu digantung dan pasport diserahkan kepada mahkamah.


Nor Izzati kemudiannya membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis setiap bulan, lesen memandu digantung sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Mahkamah menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)