Wanita mabuk langgar dua motosikal
Ampang Jaya: Seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar dua motosikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku jam 12.41 tengah malam itu.
"Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan.
"Kedua-dia penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, polis sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun dan tangkapan kini sedang dijalankan.
"Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya," katanya.
Terdahulu, video wanita berkenaan melarikan diri tular di media sosial.
Video berdurasi seminit itu menunjukkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk.
Ketika diminta untuk membuat laporan polis wanita terbabit terus memecut laju melarikan diri.
▶️Harian Metro

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.