SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pemandu Halang Laluan Bomba Ditahan


Seorang pemandu Proton Wira yang menghalang laluan jentera bomba dan penyelamat yang sedang menjalankan tugas kecemasan pada 2019, ditahan di Taman Munsyi Ibrahim di sini, semalam selepas rakaman video perbuatannya itu tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek yang juga lelaki ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan, jam 9.30 malam.

"Suspek berumur 33 tahun dan bekerja sebagai operator kilang. Kami turut merampas Proton Wira milik suspek seperti yang tular di laman sosial.

"Hasil siasatan awal, kejadian berlaku pada 27 April 2019 dan tular di media sosial pada 27 Mac lalu," katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Padzli, berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial, Proton Wira terbabit menghalang jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Jalan Bakar Batu di sini.

Katanya, suspek mengambil kesempatan dengan memandu di hadapan jentera bomba serta mengeluarkan isyarat tangan terhadap kenderaan lain untuk membuka laluan tanpa kuasa yang sah.

"Dalam video itu, jentera bomba berada di belakang kereta dipandu suspek, ia sekali gus membahayakan dirinya serta pengguna jalan raya yang lain dengan melanggar lampu merah.

"Kami mohon kerjasama pengguna jalan raya untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutama dalam memberi laluan kepada kenderaan bomba dan ambulans yang terbabit dalam hal kecemasan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Rakaman video berdurasi satu minit enam saat yang tular di aplikasi TikTok itu mendapat lebih 6,000 komen netizen.

>
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

Potongan Harga Barang Sehingga 99% |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.