Pekerja asing lari lompat pagar enggan diperiksa
HULU TERENGGANU - Seorang pekerja asing melarikan diri dengan melompat pagar kerana enggan menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pulau Kudat, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, warga asing berkenaan akhirnya berjaya ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen setelah gagal melarikan diri.
Pengarah Imigresen Negeri, Tuan Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, dua pekerja asing diperiksa di lokasi berkenaan dan seorang daripadanya merupakan warga Indonesia ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Beliau berkata, operasi disertai 15 pegawai penguat kuasa itu bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang melibatkan tujuh lokasi pembinaan di sekitar Hulu Terengganu.
Sebahagian pekerja asing diperiksa dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di tujuh lokasi pembinaan di Hulu Terengganu.
"Seramai 11 pekerja asing ditahan dalam operasi kali ini melibatkan enam kesalahan iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala lima kesalahan lagi gagal mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dengan melanggar syarat pas diberikan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, dalam operasi tersebut pihak imigresen telah memeriksa seramai seramai 40 pekerja terdiri daripada 27 warga asing dan 13 warga tempatan.

PEMANDU MABOK REMPUH KERETA POLIS,AMBULANS DAN MOTORSIKAL
TRAGEDI
Pemandu Mercedez bergesel dgn Proton Saga hingga (Saga) itu terbabas dan rempuh kereta peronda polis, ambulans dan motosikal di tepi jalan.

Pacuan 4 Roda Hilang Kawalan Rempuh Bengkel Motorsikal
TRAGEDI
Sebuah pacuan 4 roda hilang kawalan lalu merempuh sebuah bengkel motorsikal. Pemandu tersebut keliru antara pedal minyak dan brek dipercayai akibat pengaruh alkohol.

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.
Gambar : Jabatan Imigresen Negeri Terengganu
▶️Sinar Harian