SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki Panah Anjing Sehingga Mati Diburu

Gara-gara bertindak kejam ke atas hiawan, polis kini giat mencari seorang lelaki yang dipercayai memanah seekor anjing sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di Seberang Jalan Putra, Alor Setar.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pengadu mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, pengadu yang berada di rumahnya di Taman Dahlia ketika itu mendakwa telah melihat satu status yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun di Facebook mengenai seekor anjing liar yang mati secara kejam di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di situ, seorang lelaki yang menaiki sebuah Proton Waja berada di kawasan itu ketika kejadian.

“Kelihatan imej suspek melakukan aksi panah muncul dalam kamera CCTV dan senjata yang digunakan ialah busar panah dan anak panah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti memetik laporan Astro Awani.

Jelas beliau, laporan yang dibuat pengadu adalah kerana rasa simpati pengadu terhadap haiwan tersebut yang diperlakukan sedemikian dan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki terbabit.

Ahmad Shukri berkata, pasukan penyiasat Jabatan Veterinar serta tiga pembantu penguatkuasa yang melakukan siasatan turut mendapati terdapat kamera litar tertutup (CCTV) berada di kedai berhampiran.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai menggunakan sebuah kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran kenderaan gagal dikenal pasti sedang memegang alat memanah dan memanah anjing liar antara jam 4.21 pagi hingga 5.26 pagi Khamis lalu.

Tambahnya, Pegawai penyiasat Jabatan Veterinar memaklumkan akan membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan kes kemudian dirujuk ke Jabatan Veterinar untuk siasatan lanjut.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!