Lelaki ditahan KPDNHEP tayang filem di Telegram
PUTRAJAYA: Seorang lelaki ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam selepas disyaki menyiarkan karya filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta melalui aplikasi Telegram.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata lelaki terbabit ditahan dalam serbuan bersama pemilik hak cipta di sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan hasil risikan kira-kira dua minggu dan maklumat daripada pemilik hak cipta.
Beliau berkata, lelaki berusia 45 tahun itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.
"KPDNHEP turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk peralatan komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM5,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azman berkata, jika sabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
▶️Berita Harian

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.