𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐧𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐋𝐀𝐙𝐀 𝐓𝐎𝐋 𝐒𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐈.. 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭, 𝐒𝐉𝐑 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧..
PETALING JAYA – Laluan trafik di Plaza Tol Sungai Besi Kuala Lumpur menghala ke pusat bandar hari ini sesak teruk ekoran pemeriksaan ketat anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR).
Difahamkan, pemeriksaan ketat itu dilakukan selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara yang mahu semua anggota memperketatkan kawalan di SJR bagi mengesan sebarang percubaan merentas negeri.
Tinjauan mendapati, kesesakan bermula pada pukul 9.30 pagi apabila trafik bergerak perlahan hingga ada berlaku kemalangan kecil kerana pemandu berhimpit-himpit tidak sabar untuk masuk ke lorong sebelum dan selepas plaza tol.
Ia ekoran beliau menerima banyak aduan mengenai anggota polis yang mengambil mudah tanggungjawab semasa melakukan kawalan di setiap SJR dan sempadan negeri.

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.