Kuat Mencari Rezki Walaupun Dengan 1 Kaki



 "Saya lebih selesa bergerak tanpa menggunakan kaki palsu ketika menjual buah. Malah saya sukar memakai kaki palsu berikutan tinggal sendirian di rumah sewa," ujar bekas tentera, Abu Akop, 68, ketika ditemui di Bakar Batu di sini.


Dia yang putus kaki kiri dari paras lutut akibat letupan jerangkap samar dalam satu operasi memburu komunis di Perak pada 1975, kini hanya menjual buah-buahan untuk meneruskan kelangsungan hidup.


"Saya menggunakan motosikal roda tiga dihadiahkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada tahun 2012, untuk mengangkut buah-buahan untuk dijual," katanya.


Menurutnya, selepas berpisah dengan isteri beberapa tahun lalu, dia menyewa rumah sendirian di sini.


"Tiada sesiapa yang boleh membantu memasangkan kaki palsu berikutan ia tidak boleh dilakukan bersendirian.


"Apapun saya tetap bersyukur dan mampu meneruskan hidup dengan menjual buah naga dan mangga. Malah saya tetap bangga kerana pernah berjuang untuk kedaulatan negara walaupun hilang sebelah kaki.


"Setidak-tidaknya saya pernah berbakti untuk memastikan keamanan negara daripada dikuasai ideologi komunis yang berbahaya kepada agama, bangsa dan negara," katanya.


Menurutnya, walaupun hilang kaki dan terpaksa bertongkat hingga ke akhir hayat namun dia tidak pernah kesal memilih kerjaya tentera sebelum ini.


Abu yang juga mengalami pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung sentiasa berdoa diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan sisa kehidupan.


"Malah dengan situasi semasa susulan pandemik Covid- 19 saya harus cekal menjalani kehidupan," katanya.

Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)