Koperal dipercayai tembak anak sebelum tembak diri sendiri

Seorang anggota polis dipercayai menembak anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak dirinya sendiri dalam kejadian di tepi jalan di Taman Sentosa Jaya di sini pada jam 6.42 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mayat lelaki berusia 35 tahun dan anak lelakinya ditemui dalam kereta jenis Proton Wira dengan kesan tembakan di kepala.

"Hasil siasatan awal mendapati si mati telah menembak diri sendiri dengan menggunakan senjata api jenis pistol selepas menembak anaknya.

"Dua beranak berkenaan ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan polis percaya kejadian berlaku adalah bunuh diri dan bunuh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, si mati merupakan anggota polis berpangkat koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga.

"Masih terlalu awal untuk saya beri penjelasan berhubung punca si mati ambil tindakan membunuh diri, tapi saya percaya si mati ada masalah keluarga.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan laporan mati mengejut," katanya.

Denim Jeans

Pacuan 4 Roda Hilang Kawalan Rempuh Bengkel Motorsikal

TRAGEDI

Sebuah pacuan 4 roda hilang kawalan lalu merempuh sebuah bengkel motorsikal. Pemandu tersebut keliru antara pedal minyak dan brek dipercayai akibat pengaruh alkohol.

Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)