Ketua jabatan ditahan SPRM minta rasuah seks
KOTA KINABALU – Seorang pejawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita.
Lelaki berusia 51 tahun yang bertugas sebagai ketua jabatan di Keningau terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di sebuah hotel daerah sama.
Menurut sumber, perkhidmatan seks terbabit adalah sebagai suapan untuk suspek memberikan sokongan kepada wanita berkenaan bagi mendapatkan pinjaman pertanian.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
“Suspek telah ditahan selama sehari untuk diambil keterangan, namun dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.
▶️KOSMO! ONLINE

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.